Halaman

Biodata

En. Rosle Bin Yasin


 












Dilahirkan di Salak Selatan, Sungai Besi, melanjutkan pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dari tahun 1984-1987.

1990-1995, 

 Penempatan pertama di SMK Pengiran Omar Sipitang, Sabah.

1995-2005,

SMK Cheras 

2005- 2015, 

 Memegang jawatan Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi di SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Setapak  dan sebagai jurulatih dan guru sumber sejarah di PPW Keramat dan Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

2016,

  Memegang jawatan Guru Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi di SMK Seri Ampang,  dan sebagai jurulatih dan guru sumber sejarah di PPW Keramat dan Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


2017- KINI,

  Memegang jawatan Guru Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi di SMK Sentul Utama, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur  dan sebagai jurulatih dan guru sumber sejarah di PPW Keramat dan Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Melibatkan diri dalam program-program bengkel dan seminar peperiksaan PMR dan SPM dengan pihak konsultan, Pusat Zakat Selangor, Yayasan Selangor, Program NADI DBKL, Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor, Anak-anak Kakitangan PETRONAS dan Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.  Pernah mengendalikan seminar dan bengkel sejarah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), MAHSA Kolej Petaling Jaya, International University Malaya Wales, UITM Kuala Pilah, UITM Segamat, Universiti Tun Hussien Onn Batu Pahat, Universiti Malaya K.L, Universiti Kebangsaan Malaysia, Politeknik Merlimau dan lain-lain yang dikendalikan oleh pihak konsultan.
Cikgu Rosle juga aktif menulis dan telah menghasilkan beberapa buah buku rujukan dan modul sejarah dengan penerbit Megasetia Mas, Arah Pendidikan dan  Longman. dan Nusamas.

1 ulasan:

  1. wah hebatnnya cikgu,saya bangga untuk pelajar di smk su.

    BalasPadam